Pages

Powered by Blogger.

SOALAN LAZIM ?

Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?

Tidak perlu membeli kad SIM baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.


Soalan 2: Adakah saya boleh menggunakan nombor MNP (Nombor yang sudah ditukar servis ke telco lain)?

Anda tidak dibenarkan mendaftarkan nombor MNP / nombor yang sudah ditukar servis ke telco lain seperti asalnya nombor Maxis telah ditukar menjadi telco Celcom dan mendaftar dimana-mana server. Jika anda mendaftarkan nombor MNP, kami bimbang ia akan merumitkan keadaan server untuk membaca data penghantaran anda ke server.


Soalan 3: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan untung?

Tidak. Pihak kami hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti Nama,No.Telefon dan pengesahan pembayaran sahaja. Komisen agent bagi Dealer akan dibayar terus ke akaun modal topup anda, bukan ke akaun bank.


Soalan 4: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?

Ya. Anda boleh melakukan jualan lebih daripada sekali. Walaubagaimanapun, anda boleh melakukan jualan nombor dan jumlah jualan yang sama selepas 2 jam berikutnya.


Soalan 5: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkah ia ditarik balik?

Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami.

Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.



Soalan 6: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?

Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup.


Soalan 7: Adakah server topup beroperasi 24 jam?

Ya. Server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.


Soalan 8: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?

Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 10 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal. Faktor-faktor kelewatan dan kegagalan mungkin berpunca atas beberapa sebab samada dari server atau pusat telco.


Soalan 9: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai agen topup ?

Boleh tapi kami tidak galakkan. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga. Cuma membimbangkan akan cas SMS yang akan anda hantar ke server jauh lebih tinggi kos berbanding jenis prepaid, yang mana prepaid dapat mengaktifkan nombor penjimatan seperti 8pax/activ10/Digi Friends dan sebagainya.


Soalan 10: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan/tahunan?

Yuran pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan mahupun tahunan. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila.


Soalan 11: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang saya tambah selepas 1 jam, bagaimana?

Semak semula SMS yang anda hantar ke server. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul.

Pastikan jua anda menambah modal ke akaun yang betul. Sila SMS talian HELPLINE jika anda mengalami masalah modal tak masuk.


Soalan 12: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai ?

Boleh. Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas. Namun dicadangkan minta kebenaran dari ibubapa dahulu sebelum daftar bagi bawah 18 tahun.



Soalan 13: Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan agen?

Setiap pendaftaran downline server akan tolak RM10. Selebihnya yang anda dapat daripada pendaftaran downline adalah milik anda sepenuhnya. Yuran dan Untung downline anda tentukan sendiri.


Soalan 14: Adakah sistem topup ini dipercayai?

Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya mereka tidak tertipu. 100% keyakinan dan kepuasan diberikan. Kami tidaklah mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli topup Celcom RM10 dan anda bayar RM10.60 termasuk gst.

Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM10 tapi hanya perlu bayar kurang daripada harga jualan di kedai. Sekurang-kurangnya berjimat. Kami juga harap dapat membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda.

2 comments:

  1. Modal agent? Kena top up atau bank in?

    ReplyDelete
  2. Bank in.. selepas daftar ikut cara tambah modal.

    ReplyDelete

 

Followers